Keselamatan di Bengkel Pembungkusan: Alatan yang Merbahaya di Dalam Bengkel

Mata Pelajaran

Kemahiran Vokasional – Perkhidmatan Pembungkusan

Tahap

Pendidikan Khas Kefungsian Rendah

Topik

 

Keselamatan di Bengkel Pembungkusan: Alatan yang Merbahaya di Dalam Bengkel

Fokus

Mengenal pasti alatan yang merbahaya dan mengamalkan penggunaan alatan dengan selamat.

EMK

  • Nilai Murni: Berhati-hati, mematuhi arahan.
  • Keselamatan: Mengutamakan keselamatan diri dan rakan.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

  1. Mengenal pasti 3 daripada 4 alatan yang merbahaya di bengkel pembungkusan.
  2. Menyatakan cara menggunakan alatan dengan selamat dengan bimbingan guru.

Aliran Pembelajaran

Set Induksi

  • Guru memaparkan gambar alatan merbahaya dan bertanya, "Alatan manakah yang boleh mencederakan kita?"

Langkah 1

  • Guru memperkenalkan alatan: gunting, pisau, api/korek api dan dapur/haba.

Langkah 2

  • Guru menerangkan bahaya setiap alatan dan menunjukkan cara penggunaan yang betul.

Langkah 3

  • Murid mengelaskan gambar kepada "Merbahaya" dan "Selamat Digunakan Dengan Betul".

 

Penutup

  • Guru membuat rumusan tentang kepentingan keselamatan di bengkel.
  • Murid menyebut satu peraturan keselamatan sebelum menggunakan alatan.


0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.